Thursday, 17 April 2014

Menjejak Maahad Tahfiz

Bismilahirohmnirohim... Allah matlamat kami... Al quran ikutan kami... Jihad cita2 kami dan muslim saudara kami.

Tajuk entry kali ni pasal menjejak Maahad Tahfiz tuk Sumayya. Banyak yang kena ambil pusing... lagi2 Maahad Tahfiz ni kebanyakannya swasta... Lokasinya... Murobbinya... sistem pelajarannya... tarbiahnya... record bersih sek dan pencapaian pelajar yang di hasilkan.

Alhamdulillah di Little Caliphs Sumayya akan melalui Pra Tahfiz. Salah satu sebab juga kami memilih LC bagi pembuka jalan untuknya sebelum menjadi hafizah cilik. Memang yurannya bulanannya agak mahal bg kami yang berpendapatan sederhana. Tapi tiap sesuatu tu perlukan pengorbanan. Pada Allah kami berserah... moga besar nanti... bila Sumayya sudah mengerti dan bisa membaca segala coretan ini... Sumayya akan menjdi Qurrati A'ayun... anak yang solehah penyejuk mata. Menjadi idola kepada adik.

Walau pun lagi dua tahun Sumayya akan mnjejak usia 7tahun... tapi bg aku perancangan awal tu penting... sekali gus aku depat mengikuti perkembangan sek yang akan Sumayya duduki. Dalam banyak2 Maahad yang aku survey... aku amat tertarik dengan Maahad Tahfiz At Tijarah di bukit Idaman Selayang. Lokasinya tak berapa jauh dengan tempat aku bekerja. Maahad ini pun sudah lama ditubuhkan dan ada dalam senarai kementerian pelajaran dan Jakim.

Keistimewaan penghafaz quran...
-Syafaat 10 anggota kelurga ke syurga.
-berada dalam rahmat Allah
-dberi ganjaran pahala mngikut setiap huruf yang dbaca.
-Al quran sendiri akan mberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari akhirat.
-akan dipkaikan mahkota kepada ibu dan ayahnya di hari kiamat.

Semoga Allah menunjukkan jalan dan mempermudahkan segala urusan. Muhammad Elziyad akan menyusurimu...


Monday, 7 April 2014

Doa Nabi

DOA NABI 1

Ya Allah aku adalah hambamu. Ya Allah putera dari hambamu. Putera dari hamba perempuanmu. Ubun2ku dalam genggaman kekuasaanmu. Hukum2mu telah berlaku kepadku. semua ketetapanmu merupakan satu keadilan bagiku. aku memohon kepadamu Ya allah dengan semua namamu yg tlah kau sematkan pada zatmu atau yg tlah kau ajarkan kpd hambamu... atau yg kau simpan dalam alam ghaib. Jadikanlah ya allah al quran sebagai pelita hatiku, cahaya qalbu dan ubat atas kegelisahanku.

doa nabi2

Ya allah jika hidup itu baik tuk ku... kau berikanlah aku hidup... tapi matikanlah aku jika kematian itu baik untukku, aku memohon rasa takut pdmu baik dalam keadaan terang2ngan mahupun dalam keadaan sunyi2an, aku memohon pdmu Ya allah perkataan yang benar pada saat redha dan saat marah. aku memohon padamu ya allah keserdahanaan saat kaya dan saat miskin. aku memohon padamu ya allah... kenikmatan yang tidk akan pernah putus, aku memohon padamu ya allah... keredhaan di atas apa yg tlah kau tetapkan... aku memohon padamu ya allah, kehidupan yang damai setelah mati dan kurniakan aku nikmat dapat melihat wajahmu dan kerinduan untuk bertemu denganmu... dgn tanpa adanya sesuatu yg membahayakan dan fitnah yg menyesatkan. ya allah perindahkanlah diri kami dengan iman dan jadikanlah kami org yg mendapat hidyah dan menyebarkannya kpd org lain.

Teratak Bonda

Di teratak bonda... penuh nostalgia menyentuh jiwa. Lahir jiwa2 yang membesar bersama zikir cinta ayahanda dan bonda. di teratak bonda... Dindingnya adalah ketabahan... berbumbungkan kasih sayang... berlantaikan bahgia dan berjendelakan suka duka. Di teratak bonda ada tangis dan tawa... ada canda dan cerita bersulam bahagia. Semuanya manis belaka... punya saudara sepasukan bola bersama dua kuntum bunga nan jelita. Di teratak bonda... ayahanda sudah tiada... pergi buat selamanya bertemu Sang Pencipta. Tinggallah kami bersama bonda memadu kasih melayari bahtera. Dahulu teratak bonda berteman pohon macang yang besar dan gagah berdiri. Semenjak aku lahir dia sudah lama setia di sisi teratak bonda. Sekarang tiada lagi. Sudah rebah menyembah bumi... yang tinggal hanya puing2 kenangan. Di teratak bonda penuh rasa cinta dan sayang. Cubit peha kiri... bukan saja peha kiri yang sakit... tangan... kaki... telinga... hidung suma sakit. Di teratak bonda ada parang hinggap di kepala... ada lempang singgah di pipi (aku la kena lempang ngan alang)... ada bergolek menuruni anak tangga... ada yang kayap sini sana... semuanya ada cerita. Bila dikenang... menyukir senyuman persona. Di teratak bonda ahlinya sudah bertambah. Satu jiwa menjadi dua... 7 bunga bersama 2 sang kumbang melengkap zikir cinta. Di teratak bonda... generasi ketiga makin bermaharajalela. 31 orang mengubah suasana menjadi gempita. Bila smua bersatu... masing2 mencari teman seusia... menempah sudut tempat bercanda. Yang remaja bersama gajet menjalar merata. Ada yang melingkar di kamar bonda. Di teratak bonda semua ada cerita sendiri. menjadi sebuah kisah klasik tuk masa depan. Di teratak bonda... swmuanya tak mgkin dapat kami lupakan. Teratak bonda segala permulaan bagi kami... Terima Kasih Ya Allah...

Thursday, 3 April 2014

Redha

"Jika engkau redha apa yng tlh aku berikan padamu. Aku akan menenangkan badanmu... fikiran... emosi dan perasaanmu. Di sisi Allah kau terpuji. Tapi jika sebaliknya. Aku akan menggoncang hati emosi dan perasaanmu. Disisiku kau tercela"

Redha amat mudah tuk dilafaskan, kerap kali kita mendengar atau perkataan ini meluncur keluar dari mulut kita apabila bertemu ujian dan dugaan. Sukar tuk perkataan itu meresap dan sebati bersama maksudnya ke dalam jiwa. Apatah lagi jiwa kita tak pernah memahami erti seorang hamba.

Semua pasti berdepan dengan semua ini. Aku hamba yang hina dan berdosa. Melalui jalan hitam pekat sempit. Aku alpa dan hilang arah. Tak tau mana arus ku tuju. Aku sering menyalahkan takdir... mengapa aku begini... kenapa pilih aku tuk trima semua ini... Astagfirullahalazimmm... Ya Allah ampun aku... aku hambamu yang jahil...

Yakinlah ada rahmat mengekori di sebalik kesakitan itu. Ya Allah hanya linangan air mata yang dapat mentafsir rasa syukur atas ujian ini. Sesungguhnya Kau yang memberiku ujian ini dan engkau jualah yang memberi cahaya menyuluh jalan tuk aku keluar. Disaat aku benar2 lemah dan berputus asa kau datang membawa harapan dan Kau sentiasa ada menanti dengan penuh kasih sayangmu. Allahuakbar...

Ingatlah tuk kita para pendosa... harapan selalu ada. Dosa adalah ujian...

"Dan kembalilah kamu kpd tuhanmu dengan bertaubat serta berserah bulat2 kpdNya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana... sesudah itu tidak diberikan pertolongan" - Surah Az Zumar Ayat 54.

Dosa adalah ujian... mahu pulang kepangkuan Tuhan ataupun terus dilalaikan. Alhamdulillah semua ini menatijahkan ruh semangat dan jiwaku yg tenang menerima setiap qada dan qadar dariMu. Kau anugerahiku mata yang selalu mengalir kernaMu... Kau berikanku rasa cinta dan sayang agamaMu... Kau hadirkan rasa faham atas segala tuntutanMu ke atasku... Allahuakbar...

Mana mungkin sama momentum dan tulusnya doa dan harap pendosa berbanding mereka yang rasa dirinya mulia dan sempurna...
Mana mungkin sama rasa hina dan keji di hadapan Tuhan berbanding merka yang merasai tidak pernah berdosa... mana mungkin...
Rasa itu wujud dari lubuk hati yang amat dalam... kesakitan  pengalaman memberi kesan kepada nadi dan seluruh saraf menterjemahkan perasaan yang sukar digambarkan.

"Satu maksiat yang menyebabkan kamu rasa kerdil, rendah diri... hina dan hancur hati kerana penyesalan dan taubat lebih baik dari melakukan taat yg menjdikan kamu merasa agung... bangga dan hebat"

Banyak yang aku lalui dalam hidup ini menuntut aku tuk berlapang dada dan reda. Termasuklah pekerjaanku. Sering kali mahu saja menamatkan kerjaya dalam bidang ini. Kerja yang menyiat2 kesabaranku... stress dan amat berisiko. Melayan pelbagai kerenah customer dan jika berlaku kesalahan menanggung kerugian ribuan ringgit. Gaji juga berkemungkinan di potong! Aku pernah melaluinya. Ditambah pula herdikan dan marah bos... Perit!!!

Aku yakin semuanya adalah tidak sia2. Janji Allah itu benar. Allah amat menyanyangiku... Apakah rahsia Allah tukku? Allah mahu selalu mengampun dosa2ku... Allah nak selesaikan kat dunia lagi... Satu saja yang aku pegang... Jagalah Allah, Allah akan menjagamu...

Sesungguhnya makhluk tiada kuasa... hanya Allah yang berkuasa. Bukan bos atau cust yang memberi atau menyekat rezekiku. Semuanya dari Allah Azzawajala yang mengizin dan mentakdirkan semuanya. Mereka hanya asbab atau perantara saja. Allah mahu mendidikku sentiasa ingat padaNya dengan pekerjaan yang bahaya ini. Allah mahu aku sentiasa rapat dan sujud dalam rahmatNya. Acap kali aku terlalai... Dia akan kejutkan aku dengan ujian. Selalu!!! Selalu begitu!!!

Aku redha andai Allah takdirkan aku bekerja begini tuk jaga hubungan aku denganNya. Husnuzon... sentiasa bersngka baik dengan Allah. Bila manusia ditimpa musibaj... jiwanya bersih... dalam hatinya hanya ada Allah. Ya Allah anugerahilah aku resa redha pada setiap ketentuanmu... Cukuplah Allah bagiku...

Wednesday, 2 April 2014

Family Day Dan Sesat

Sesat!!! Bagaikan sinonim dengan Family Day Bonda Yan... Setiap tahun pasti ada saja drama SESAT... Lucu... geram... bergumpal dalam satu perasaan yang akhirnya menghadirkan gelak tawa kami sekeluarga.

Juara sesat jatuh kepada... Alng Lan (Pak Lang)!!! Abang saya yang ketika besar. Beliau telah menyandang gelaran ini 3 tahun berturut2 tanpa ada pencabar. Cuma diikuti rapat abang saya no 4... kembar kepada Alng... Bande!

Indah!!! Semua ini rencah masam manis perjlanan ukhwah kami. Tersenyum bila dikenang... menggeletek hilai tawa bila menjadi topik berbual dan bersmbang di teratak bonda.

Alhamdulillah atas nikmat kasih sayang ini...

Family Day Bonda Yan 2013

Segala puji hanyalah milik Allah SWT, zat yang mengusai seluruh alam. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih syang Allah yang tak terhingga... mengizinkan berkumpulnya hati2 kami dengan penuh kasih sayang. Famili day Bonda Yan telah berganjak usia melewati usia 3 tahun.

Terima kasih pada semua, terutamanya pihak penganjur kali ini Kak Idah sekeluarga. Cuaca yang tidak begitu baik sedikit mengganggu perjalanan aturcara. Suhu sejuk Cameron Highland amat menenangkan... semilir bayu menambah dingin menyapa dan membelai tubuh.

Petang hari sukanneka tetap dijalankan walau langit memuntahkan rintik2 hujan. Kami mengambil keputusan tuk bermain in door saje sebagai alternatif. Walaupun ruang yang terhad dan sukan yang ringkas... tapi kemeriahannya di tahap maksima... sangat meriah.

Cuma perancangan yang kurang kemas dan tentatif yang tidak terancang menampakkan sedikit kelonggaran. Tiada doa dan kata2 aluan... Malamnya solat jemaah, bacaan yassin dan doa tetap dijalankan sebagai aturcara tetap.

Tahun ini adalah julung kalinya puteraku Muhammad Elziyad menyrtai kami. Tahun lepas ikut serta tapi dalam kandungan mamanya.

Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan nikmat dan barakah... dan menegakkan kewajipan dan yang mewujudkan kebaikan dari pelbagai sumber.

Jumpa lagi 2014... lokasi seterusnya Melaka dengan penganjuran bersama Keluarga Kak Ana dan Bang Pit. Nantikan...

Tuesday, 18 March 2014

Family Day Bonda Yan 2012

Bismillahirohmanirohim....
Salam pertemuan pembaca sekalian. Cinta dan kasih sayang itu vitamin jiwa... keperluan kepada kehidupan bekeluarga. Seperti yansg saya war2kan dalam entry sebelum ini, saya akan menyambung episod suka duka family day bonda yan 2012. Kalau 2011 saya memilih tema hijau, kali ini orange pilihan keluarga penganjur. Siapa lagi kalau bukan Ngah sekeluarga. Abang saya yang ke dua besar. Lokasinya pula teluk batik.

Kali ini perancangan lebih teratur. Penginapan pun agak selesa... cuma lokasi antara satu sama yang lain agak jauh (orang perempuan nak bergosip pun susah). Bermula dengan potluck (gggrrrr kasut Sumayya hilang di sini), check in homestay dan sukan selepas asar. Sesi malam bbq, bacaan yassin, persembahan dan penyampaian hadiah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma agak kepenatan. Bila da kumpul ramai2 semuanya indah belaka.

Nantikan entry Family Day Bonda Yan 2013... dan... edisi istimewa rangkuman entry Family Day... SESAT!!!!!

magic icecream

Assalammualaikum... Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah aku berjaya memiliki mesin icecream goyang. Trima kasih kepada akak kerna mau berkongsi modal. Penyediaan dan kos yang mudah dan murah menarik minat aku... Pertama kali aku melihat dan menikmati icecream goyang di taman permain tasik permaisuri. Ketika itu aku tak ambil pusing... aku capai icecream dan berlalu pergi.

Hari pertama berniaga di pantai Bagan Lalang... langit memuntahkan rintik2 hujan... alhamdulillah panas terik dan jerebu yang menggila dapat diredakan. 40 batang ice cream yang terjual pada hari itu. Perkiraannya mau menyambung niaga di pasar malam... tapi hujan seolah2 tidak mengizinkan. Lalu aku menguzurkan diri terus pulang.

Kepada sesiapa yang ingin menempah sila hubungi nombor yang tertera di bunting. Panggil kami untuk majlis perkahwinan... hari jadi... rumah terbuka... hari sukan... atau apa2 majlis sekalipun dengan bayaran yang berpatutan

Wednesday, 12 March 2014

Family Day Bonda Yan 2011

Sebenarnya dah lama aku bercita2 tuk buat 'family day' keluarga besarku. Kesibukan kerja membantutkan usaha aku tuk mencuri masa merencanakan semua ni. Maklumlah di tempat kerja yang lama, aku bekerja seperti robot jadi2an... kerja 7 hari seminggu.

Dalam masa yang sama aku merasa kosong. Aku kehilangan sesuatu, jiwaku tak tenang... resah sering menyelinap dalam hati. Jawapannya senang saja... Lihat hubunganmu dengan Sang Pencipta. Ya... hubungan aku dengan Allah Azzawajala semakin longgar... Kepenatan, hiruk pikuk kerja menghanyutkan aku.

Alhamdulillah... Allah merancanakan sesuatu tuk aku. Allah sayangkan aku... doa dan tangisku termakbul. Aku dapat keeja baru!!!!

Oh... Sambung semula kisah entry. hihihi... Padaku family day ni penting bagi mnyambung legasi ukhwah kami. Semakin waktu bergerak... seiring itu jugalah keluarka ku berkembang... mmmm bahagia punya keluarga yang besar dan penuh kasih sayang. Ini semua juga untuk bonda. Pastinya bonda insan paling bahagia diraikan semua anak cucu... 9 anak... 9 menantu dan 31 orang cucu termasuk la seorang sepupu kami yang sangat rapat (Kami panggil dia kak liza... a.k.a kakak sulong). memang cukup tuk buat family day yang meriah.

Lokasi yang kami pilih bagan lalang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semuanya dapat menghadirkan diri. Cuma abang atas aku saja yang lewat... jadi beliau terlepas kemeriahan sukanneka. Tentatifnya bermula awal pagi dengan sukanneka dan penyampaian hadiah... sebelah petang lomba dam haji. Sesi malam membaca surah yassin dan doa tuk arwah abah, sambutan hari jadi kekanda sulongku dan cabutan bertuah... Ke esokan harinya masing2 bersurai pulang.

Walau terdapat kekurangan di sana sini, tapi untuk satu permulaan ia sudah diketogerikan baik. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang memberi kerja sama dan kasih sayang. Semua ni kenangan terindah buat saya. Ok jumpa lagi di entry Family Day 2012 dan 2013. Assalammualaikum...