Tuesday, 18 March 2014

magic icecream

Assalammualaikum... Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah aku berjaya memiliki mesin icecream goyang. Trima kasih kepada akak kerna mau berkongsi modal. Penyediaan dan kos yang mudah dan murah menarik minat aku... Pertama kali aku melihat dan menikmati icecream goyang di taman permain tasik permaisuri. Ketika itu aku tak ambil pusing... aku capai icecream dan berlalu pergi.

Hari pertama berniaga di pantai Bagan Lalang... langit memuntahkan rintik2 hujan... alhamdulillah panas terik dan jerebu yang menggila dapat diredakan. 40 batang ice cream yang terjual pada hari itu. Perkiraannya mau menyambung niaga di pasar malam... tapi hujan seolah2 tidak mengizinkan. Lalu aku menguzurkan diri terus pulang.

Kepada sesiapa yang ingin menempah sila hubungi nombor yang tertera di bunting. Panggil kami untuk majlis perkahwinan... hari jadi... rumah terbuka... hari sukan... atau apa2 majlis sekalipun dengan bayaran yang berpatutan

No comments:

Post a Comment