Tuesday, 11 March 2014

Little Caliphs

The Little Caliphs Program... "Benefiting from both world." Itulah falsafah yang menjadi tunjang kepada sekolah Ini. Setelah mengambil kira Dan membuat survey sekolah untuk Sumayya akhirnya kami memilih Little Caliphs kindergarten Schools. Memang mencari sekolah yang menggunakan bahasa English sebagai bahasa pengantar Dan dalam masa yang sama meniup roh Islam dalam jiwa anak2.

Sumayya sangat "excited" nak menjejakkan Kaki ke sekolah. Kami sebenarnya sedikit gusar... Takut dia cepat jemu Dan tak mahu ke sekolah. tapi kebanyakan ibu bapa diluar sana menghantar anak ke sekolah seawal usia 4 tahun. jadi kami nekad dengan keputusan ini... lagipun kami yakin dengannya. Dari segi pergaulan tiada masalah... Dia seorang yang cepat mesra. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berjalan lancar. Semoga dia dapat menghirup segala ilmu yang dicurahkan.

Aku berpesan padanya... sumayya belajar kerana Allah ya. Nanti sumayya jadi anak yang solehah. Bibirnya mengukir senyum... "Semua Allah punya kan papa"... aku mengangguk dan memeluknya...

No comments:

Post a Comment