Monday, 10 March 2014

Permata Hatiku

Anak anugerah yang tidak ternilai kepada kita. Anak adalah belahan jiwa yang bertahta di hati. Anak adalah penghibur yang meleraikan segala penat dan lelah. Ada juga adalah cerminan siapa ibu bapanya.
Sumayya Elzahra puteri sulongku. Dilahirkan 4 tahun dahulu, mencelah dari pintu rahim mamanya... Nor Akhidah. Di usia ini Sumayya sudah melangkah ke alam persekolahan. bila ditanya mahu jadi apa besar nanti? "kakak nak jadi ustazah... adik jadi doctor" jawabnya jujur... dan jawapan ini sangat konsisten acapkali ditanya.
Muhammad Elziyad cahaya mataku yang ke 2. Ziyad memberi maksud kelebihan. Usianya 1 tahun 3 bulan. Berkongsi tempat lahir dengan kakaknya di Hptl Sg Buloh. Sewaktu dilahirkannya aku menemani isteri di bilik bersalin. Sumayya dulu aku hanya menanti di luar. Pertama kli aku melihat pergelutan melahirkan anak. Hebatnya seorang wanita! besarnya pengirbanan ibu. Debaran didada berakhir bila lahirnya seorang bayi lelaki putih bersih menghirup udara.
Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah... penyejuk mata dan liang kubur papa dan mama. Semoga kalian menjadi pejuang agama... Insyaallah...

No comments:

Post a Comment