Segala puji hanyalah milik Allah SWT, zat yang mengusai seluruh alam. Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih syang Allah yang tak terhingga... mengizinkan berkumpulnya hati2 kami dengan penuh kasih sayang. Famili day Bonda Yan telah berganjak usia melewati usia 3 tahun.
Terima kasih pada semua, terutamanya pihak penganjur kali ini Kak Idah sekeluarga. Cuaca yang tidak begitu baik sedikit mengganggu perjalanan aturcara. Suhu sejuk Cameron Highland amat menenangkan... semilir bayu menambah dingin menyapa dan membelai tubuh.
Petang hari sukanneka tetap dijalankan walau langit memuntahkan rintik2 hujan. Kami mengambil keputusan tuk bermain in door saje sebagai alternatif. Walaupun ruang yang terhad dan sukan yang ringkas... tapi kemeriahannya di tahap maksima... sangat meriah.
Cuma perancangan yang kurang kemas dan tentatif yang tidak terancang menampakkan sedikit kelonggaran. Tiada doa dan kata2 aluan... Malamnya solat jemaah, bacaan yassin dan doa tetap dijalankan sebagai aturcara tetap.
Tahun ini adalah julung kalinya puteraku Muhammad Elziyad menyrtai kami. Tahun lepas ikut serta tapi dalam kandungan mamanya.
Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan nikmat dan barakah... dan menegakkan kewajipan dan yang mewujudkan kebaikan dari pelbagai sumber.
Jumpa lagi 2014... lokasi seterusnya Melaka dengan penganjuran bersama Keluarga Kak Ana dan Bang Pit. Nantikan...
No comments:
Post a Comment