Thursday, 3 April 2014

Redha

"Jika engkau redha apa yng tlh aku berikan padamu. Aku akan menenangkan badanmu... fikiran... emosi dan perasaanmu. Di sisi Allah kau terpuji. Tapi jika sebaliknya. Aku akan menggoncang hati emosi dan perasaanmu. Disisiku kau tercela"

Redha amat mudah tuk dilafaskan, kerap kali kita mendengar atau perkataan ini meluncur keluar dari mulut kita apabila bertemu ujian dan dugaan. Sukar tuk perkataan itu meresap dan sebati bersama maksudnya ke dalam jiwa. Apatah lagi jiwa kita tak pernah memahami erti seorang hamba.

Semua pasti berdepan dengan semua ini. Aku hamba yang hina dan berdosa. Melalui jalan hitam pekat sempit. Aku alpa dan hilang arah. Tak tau mana arus ku tuju. Aku sering menyalahkan takdir... mengapa aku begini... kenapa pilih aku tuk trima semua ini... Astagfirullahalazimmm... Ya Allah ampun aku... aku hambamu yang jahil...

Yakinlah ada rahmat mengekori di sebalik kesakitan itu. Ya Allah hanya linangan air mata yang dapat mentafsir rasa syukur atas ujian ini. Sesungguhnya Kau yang memberiku ujian ini dan engkau jualah yang memberi cahaya menyuluh jalan tuk aku keluar. Disaat aku benar2 lemah dan berputus asa kau datang membawa harapan dan Kau sentiasa ada menanti dengan penuh kasih sayangmu. Allahuakbar...

Ingatlah tuk kita para pendosa... harapan selalu ada. Dosa adalah ujian...

"Dan kembalilah kamu kpd tuhanmu dengan bertaubat serta berserah bulat2 kpdNya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana... sesudah itu tidak diberikan pertolongan" - Surah Az Zumar Ayat 54.

Dosa adalah ujian... mahu pulang kepangkuan Tuhan ataupun terus dilalaikan. Alhamdulillah semua ini menatijahkan ruh semangat dan jiwaku yg tenang menerima setiap qada dan qadar dariMu. Kau anugerahiku mata yang selalu mengalir kernaMu... Kau berikanku rasa cinta dan sayang agamaMu... Kau hadirkan rasa faham atas segala tuntutanMu ke atasku... Allahuakbar...

Mana mungkin sama momentum dan tulusnya doa dan harap pendosa berbanding mereka yang rasa dirinya mulia dan sempurna...
Mana mungkin sama rasa hina dan keji di hadapan Tuhan berbanding merka yang merasai tidak pernah berdosa... mana mungkin...
Rasa itu wujud dari lubuk hati yang amat dalam... kesakitan  pengalaman memberi kesan kepada nadi dan seluruh saraf menterjemahkan perasaan yang sukar digambarkan.

"Satu maksiat yang menyebabkan kamu rasa kerdil, rendah diri... hina dan hancur hati kerana penyesalan dan taubat lebih baik dari melakukan taat yg menjdikan kamu merasa agung... bangga dan hebat"

Banyak yang aku lalui dalam hidup ini menuntut aku tuk berlapang dada dan reda. Termasuklah pekerjaanku. Sering kali mahu saja menamatkan kerjaya dalam bidang ini. Kerja yang menyiat2 kesabaranku... stress dan amat berisiko. Melayan pelbagai kerenah customer dan jika berlaku kesalahan menanggung kerugian ribuan ringgit. Gaji juga berkemungkinan di potong! Aku pernah melaluinya. Ditambah pula herdikan dan marah bos... Perit!!!

Aku yakin semuanya adalah tidak sia2. Janji Allah itu benar. Allah amat menyanyangiku... Apakah rahsia Allah tukku? Allah mahu selalu mengampun dosa2ku... Allah nak selesaikan kat dunia lagi... Satu saja yang aku pegang... Jagalah Allah, Allah akan menjagamu...

Sesungguhnya makhluk tiada kuasa... hanya Allah yang berkuasa. Bukan bos atau cust yang memberi atau menyekat rezekiku. Semuanya dari Allah Azzawajala yang mengizin dan mentakdirkan semuanya. Mereka hanya asbab atau perantara saja. Allah mahu mendidikku sentiasa ingat padaNya dengan pekerjaan yang bahaya ini. Allah mahu aku sentiasa rapat dan sujud dalam rahmatNya. Acap kali aku terlalai... Dia akan kejutkan aku dengan ujian. Selalu!!! Selalu begitu!!!

Aku redha andai Allah takdirkan aku bekerja begini tuk jaga hubungan aku denganNya. Husnuzon... sentiasa bersngka baik dengan Allah. Bila manusia ditimpa musibaj... jiwanya bersih... dalam hatinya hanya ada Allah. Ya Allah anugerahilah aku resa redha pada setiap ketentuanmu... Cukuplah Allah bagiku...

No comments:

Post a Comment