Bismillahirohmanirohim....
Salam pertemuan pembaca sekalian. Cinta dan kasih sayang itu vitamin jiwa... keperluan kepada kehidupan bekeluarga. Seperti yansg saya war2kan dalam entry sebelum ini, saya akan menyambung episod suka duka family day bonda yan 2012. Kalau 2011 saya memilih tema hijau, kali ini orange pilihan keluarga penganjur. Siapa lagi kalau bukan Ngah sekeluarga. Abang saya yang ke dua besar. Lokasinya pula teluk batik.
Kali ini perancangan lebih teratur. Penginapan pun agak selesa... cuma lokasi antara satu sama yang lain agak jauh (orang perempuan nak bergosip pun susah). Bermula dengan potluck (gggrrrr kasut Sumayya hilang di sini), check in homestay dan sukan selepas asar. Sesi malam bbq, bacaan yassin, persembahan dan penyampaian hadiah.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma agak kepenatan. Bila da kumpul ramai2 semuanya indah belaka.
Nantikan entry Family Day Bonda Yan 2013... dan... edisi istimewa rangkuman entry Family Day... SESAT!!!!!